Sejarah Asia Tenggara

Faktor- faktor perkembangan kerajaan Agrarian dan kerajaan Maritim

A) Faktor kebangkitan kerajaan Maritim:
1.   Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam  pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut).
2.   Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.
3.   Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan yang strategik.
4.   Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan dan sebagainya.  

B) Faktor kebangkitan kerajaan Agraria: 

Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.
1. Penduduk Agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
4. Gajah yang menjadi kenderaan raja Maritim juga didapati daripada kerajaan Agraria di Siam.










No comments:

Post a Comment