Sejarah Asia Tenggara

Kerajaan Agraria

Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Antara ciri kerajaan Agraria adalah seperti berikut:

A) Ciri-ciri

1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.
2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pendalaman
3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian
5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.
Tasik Tonle Sap

Ciri-ciri Tasik Tonle Sap:
Pada musim kemarau, tanah sekelilingnya amat subur.
1. Pada musim hujan, air dari Sungai mekong akan melimpahi ke Tasik Tonle Sap, keluasan tasik menjadi 300.78km persegi.
2. Kawasan ini beriklim panas lembap sepanjang tahun dan sesuai untuk tanaman padi bagi menyediakan bekalan yang cukup kepada penduduk dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
3. Membekalkan sumber protien seperti ikan air tawar kepada penduduk kerajaan Angkor.
4. Airnya penting untuk mengairi sawah dengan menggunakan terusan dan sisitem pengairan.
5.  Membekalkan sumber air minuman.


B) Lokasi

Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)




C) Aktiviti masyarakat

Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.

8 comments: